24
April 2019 (Rabu) – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah
berjaya memperolehi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan
Kategori "CEMERLANG" berkuatkuasa 01 April 2019 hingga 31 Mac 2021.
Penyampaian Sijil Pengiktirafan EKSA daripada pihak MAMPU tersebut telah disampaikan
oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU
kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) sempena
Perhimpunan Bulanan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana
Menteri Bagi Bulan April 2019 di Auditorium Kompleks JPM.
Diharapkan warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL)
lebih komited dalam memastikan amalan EKSA sentiasa menjadi amalan yang
berterusan dan berkesan. Tahniah diucapkan kepada kepada warga MSWPKL.
Wednesday, April 24, 2019
Thursday, December 6, 2018
AUDIT PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO IT YOURSELF (DIY) DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
KHAMIS,
06 DISEMBER 2018 - Audit tersebut dijalankan oleh enam
(6) orang Juruaudit daripada pihak JPM iaitu Puan Rosmida Binti Omar (Ketua Auditor),
Puan Noor Haswani Binti Hassan, Puan Fara Adilah Binti Firdaus Mohd Rom, Puan
Shamila Banu Binti Hisamudin, Cik Nurfadila Binti Ayan dan Puan Siti Noriani
Binti Mohd Nasir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL).
Seluruh warga MSWPKL amat teruja dengan kesudian pihak KPM menjalankan audit
pensijilan tersebut dan setiap zon telah menjalankan persediaan yang rapi.
Sesi Pembukaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Inovasi pada jam 9.30 pagi dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa induk dan semua ketua zon. Kira-kira jam 11.00 pagi sejurus selesai sesi taklimat pembukaan oleh kedua-dua juruaudit, audit terus dijalankan. Juruaudit telah menjalankan audit di Zon Al-Uruf, Zon Al-Istihsan, Zon Al-Qiyas dan Zon Al-Ijmak. Sesi penutupan Audit diadakan pada hari yang sama jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat Inovasi. Sesi penutupan tersebut telah dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kanan iaitu YA Tuan Hj Nassir Bin Abdul Aziz. Hasil daripada laporan auditan tersebut, beliau melihat adanya kesungguhan dan kesediaan oleh setiap kakitangan dalam menghadapi audit pensijilan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teguran atau penemuan di setiap zon yang perlu diambil tindakan dalam tempoh tiga hari dari tarikh penutupan audit. Diharapkan semoga MSWPKL berjaya memperoleh pensijilan EKSA DIYdengan cemerlang dan sekaligus menjadi agensi pertama memperolehi Sijil EKSA DIY pada tahun 2019.
Wednesday, December 5, 2018
Tuesday, December 4, 2018
Monday, December 3, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































































































