Tuesday, October 27, 2015

KURSUS AUDIT EKSA 2015

27-28 Oktober 2015 : Seramai 32 orang telah mengikuti Kursus Audit EKSA dengan jaya pada 27-28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilantik oleh MAMPU  iaitu Puan Kamaliah Binti Kassim. Kursus ini dibuat bagi memantapkan ilmu pengauditan dikalangan auditor yang dilantik serta mendapatkan info-info baru yang berkaitan dengan audit EKSA. Kursus dua hari ini juga sempat diselitkan demonstrasi bagaimana hendak mengaudit satu-satu tempat dan kawasan yang dipilih.

Kursus yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA MSWPKL tersebut telah tamat pada pukul 4.30 petang, 28 Oktober 2015. Diharapkan semua auditor yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya membantu MSWPKL dalam mendapatkan sijil EKSA dari pihak MAMPU nanti

Monday, October 5, 2015

LAWATAN KERJA EKSA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH MANJUNG, PERAK

05 Oktober 2015 ( MRS Manjung, Perak ) - Satu Lawatan kerja dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) ke Mahkamah Syariah Daerah Manjung, Perak yang diketuai oleh YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim telah diadakan pada hari ini. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim selaku Ketua Pendaftar bersama-sama 25 orang pegawai MSWP termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik dan Penolong Pendaftar MSWP .


Peserta lawatan telah disambut oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak iaitu Tuan Abdul Rahman Bin Thobroni bersama Hakim Mahkamah Syariah Manjung dan Kakitangan Mahkamah tersebut.
Taklimat mengenai pengurusan dan perkongsian mengenai perlaksaan EKSA dan ISO telah disampaikan sendiri oleh Tuan Mohd Esham Bin Abdul Samad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Sepanjang sesi taklimat tersebut, pelbagai maklumat telah dikongsikan untuk rujukan dan makluman semua peserta lawatan ini.

Setelah selesai taklimat dan sesi soal jawab, para peserta dibawa untuk melihat proses pengurusan kes dan perlaksanaan EKSA di MRS Manjung. Diharapkan dengan perkongsian maklumat dari program lawatan kerja ini dapat memberi idea-idea yang bernas untuk mempertingkatkan lagi sistem pengurusan kes dan perlaksanaan EKSA di MSWPKL.

Friday, July 31, 2015

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN SLOGAN EKSA MSWP

31 JULAI 2015 – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah mula mengorak langkah ke hadapan dengan mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA dengan lebih produktif bermula pada tahun 2015 ini.
Sehubungan itu, buat julung-julung kalinya pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Kuala Lumpur telah melancarkan logo dan slogan EKSA yang baharu bagi menggantikan logo dan slogan amalan 5S yang diamalkan sebelum ini. Majlis pelancaran logo dan slogan EKSA ini telah dirasmikan oleh YAA Datuk Mahammad bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Persidangan MSWP Kuala Lumpur pada 31hb Julai 2015.

Majlis turut dihadiri oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan-tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-pegawai Kanan seterusnya kakitangan mahkamah MSWP Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran logo dan slogan EKSA ini adalah hasil usaha Jawatankuasa Unit Promosi EKSA yang telah menganjurkan pertandingan mencipta logo dan slogan EKSA bagi mencungkil bakat terpendam dan kreativiti yang ada di kalangan pegawai dan kakitangan di MSWP Kuala Lumpur bermula pada 15 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Untuk memudahkan penjurian, maka satu jawatankuasa penilai telah dilantik dalam pertandingan ini. Ia diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Tuan Ketua Pendaftar dan Pendaftar MSWP.

Pertandingan yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pegawai dan kakitangan MSWP Kuala Lumpur. Hasil penelitian melalui juri telah mendapati bahawa hasil kreativiti Puan Nurhidayah binti Zulkipli, Pembantu Syariah, Dewan 8, Mahkamah Rendah Syariah MSWP telah terpilih dan memenangi bagi kategori Logo EKSA, MSWP. Manakala bagi kategori Slogan EKSA MSWP telah dimenangi oleh Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah Kanan dari Seksyen Sulh, MSWP dengan slogannya “Persekitaran Konduksif, Perkhidmatan Produktif”. Selain itu YAA Datuk, Ketua Hakim Syarie MSWP turut menyampaikan hadiah berupa wang tunai berserta sijil kepada para pemenang dan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat.

Di akhir majlis pelancaran tersebut, satu persembahan montaj telah dipaparkan kepada semua para hadirin bagi menyeramakkan lagi semangat kerjasama dan kesepakatan d ikalangan kakitangan MSWP dalam mengamalkan amalan persekitaran yang kreatif dan kondusif selari dengan matlamat jabatan. 

Monday, July 13, 2015

SLOGAN EKSA MSWPKL


POLISI EKSA MSWPKL


OBJEKTIF EKSA MSWPKL


LOGO EKSA MSWPKL

Add caption

Selamat Datang ke EKSA MSWPKL




EKSA MSWPKL


YAA/YA/Tuan/Puan,


BLOG RASMI EKSA MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Sukacita merujuk perkara di atas, Portal Rasmi EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diwujudkan di alamat : http://eksamswpkl.blogspot.com bagi mempromosi pelaksanaan EKSA di MSWPKL. Portal ini juga dijadikan sebagai medium utama bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting berkenaan aktiviti, perancangan, rujukan dan sebagainya berkenaan EKSA jabatan.

Sehubungan itu, warga MSWPKL dikehendaki sentiasa mengunjungi portal tersebut bagi mendapatkan bahan rujukan, maklumat terkini aktiviti dan pelbagai lagi informasi EKSA jabatan. Akses ke portal EKSA MSWPKL melalui pautan http://eksamswpkl.blogspot.com

Semoga hasrat jabatan untuk menerima pengiktirafan EKSA pada tahun ini akan tercapai dengan kerjasama semua pihak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sekian, Terima Kasih.




KETUA PENYELARAS EKSA MSWPKL