Tuesday, October 27, 2015

KURSUS AUDIT EKSA 2015

27-28 Oktober 2015 : Seramai 32 orang telah mengikuti Kursus Audit EKSA dengan jaya pada 27-28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilantik oleh MAMPU  iaitu Puan Kamaliah Binti Kassim. Kursus ini dibuat bagi memantapkan ilmu pengauditan dikalangan auditor yang dilantik serta mendapatkan info-info baru yang berkaitan dengan audit EKSA. Kursus dua hari ini juga sempat diselitkan demonstrasi bagaimana hendak mengaudit satu-satu tempat dan kawasan yang dipilih.

Kursus yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA MSWPKL tersebut telah tamat pada pukul 4.30 petang, 28 Oktober 2015. Diharapkan semua auditor yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya membantu MSWPKL dalam mendapatkan sijil EKSA dari pihak MAMPU nanti

Monday, October 5, 2015

LAWATAN KERJA EKSA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH MANJUNG, PERAK

05 Oktober 2015 ( MRS Manjung, Perak ) - Satu Lawatan kerja dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) ke Mahkamah Syariah Daerah Manjung, Perak yang diketuai oleh YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim telah diadakan pada hari ini. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim selaku Ketua Pendaftar bersama-sama 25 orang pegawai MSWP termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik dan Penolong Pendaftar MSWP .


Peserta lawatan telah disambut oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak iaitu Tuan Abdul Rahman Bin Thobroni bersama Hakim Mahkamah Syariah Manjung dan Kakitangan Mahkamah tersebut.
Taklimat mengenai pengurusan dan perkongsian mengenai perlaksaan EKSA dan ISO telah disampaikan sendiri oleh Tuan Mohd Esham Bin Abdul Samad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Sepanjang sesi taklimat tersebut, pelbagai maklumat telah dikongsikan untuk rujukan dan makluman semua peserta lawatan ini.

Setelah selesai taklimat dan sesi soal jawab, para peserta dibawa untuk melihat proses pengurusan kes dan perlaksanaan EKSA di MRS Manjung. Diharapkan dengan perkongsian maklumat dari program lawatan kerja ini dapat memberi idea-idea yang bernas untuk mempertingkatkan lagi sistem pengurusan kes dan perlaksanaan EKSA di MSWPKL.