Thursday, December 6, 2018

AUDIT PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DO IT YOURSELF (DIY) DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR



KHAMIS, 06 DISEMBER 2018 - Audit tersebut dijalankan oleh enam (6) orang Juruaudit daripada pihak JPM iaitu Puan Rosmida Binti Omar (Ketua Auditor), Puan Noor Haswani Binti Hassan, Puan Fara Adilah Binti Firdaus Mohd Rom, Puan Shamila Banu Binti Hisamudin, Cik Nurfadila Binti Ayan dan Puan Siti Noriani Binti Mohd Nasir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL). Seluruh warga MSWPKL amat teruja dengan kesudian pihak KPM menjalankan audit pensijilan tersebut dan setiap zon telah menjalankan persediaan yang rapi.

Sesi Pembukaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Inovasi pada jam 9.30 pagi dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa induk dan semua ketua zon. Kira-kira jam 11.00 pagi sejurus selesai sesi taklimat pembukaan oleh kedua-dua juruaudit, audit terus dijalankan. Juruaudit telah menjalankan audit di Zon Al-Uruf, Zon Al-Istihsan, Zon Al-Qiyas dan Zon Al-Ijmak. Sesi penutupan Audit diadakan pada hari yang sama jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat Inovasi. Sesi penutupan tersebut telah dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kanan iaitu YA Tuan Hj Nassir Bin Abdul Aziz. Hasil daripada laporan auditan tersebut, beliau melihat adanya kesungguhan dan kesediaan oleh setiap kakitangan dalam menghadapi audit pensijilan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teguran atau penemuan di setiap zon yang perlu diambil tindakan dalam tempoh tiga hari dari tarikh penutupan audit. Diharapkan semoga MSWPKL berjaya memperoleh pensijilan EKSA DIYdengan cemerlang dan sekaligus menjadi agensi pertama memperolehi Sijil EKSA DIY pada tahun 2019.



























AUDIT PENSIJILAN EKSA DIY DI MSPKL