Friday, November 22, 2019

SERAHAN HASIL (WANG) JUALAN BAHAN KITAR SEMULA

SERAHAN HASIL (WANG) JUALAN BAHAN/BARANGAN  KITAR SEMULA KEPADA WAKIL ZON.
TARIKH: 19 HINGGA 21 NOVEMBER 2019

Rentetan daripada Program Gotong Royong Siri 3/2019: Jualan Bahan Kitar semula anjuran Jawatankuasa Promosi EKSA yang telah dilaksanakan pada 15 November 2019, bermula pada 19 – 21 November 2019 serahan hasil (wang) jualan yang telah diperolehi oleh setiap zon telah diagihkan kepada wakil zon. Jumlah hasil jualan setiap zon adalah seperti yang berikut :-

i)           Zon Al-Uruf telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM85.00
ii)         Zon Al-Istihsan telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM22.00
iii)       Zon Al-Qiyas pula telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM26.00, dan
iv)       Zon Al-Ijmak telah memperolehi hasil jualan sebanyak RM31.00

Berdasarkan jumlah yang tersenarai di atas, Zon Al-Uruf telah berjaya mendapat hasil jualan terbanyak berbanding zon-zon yang lain.




  

Thursday, May 2, 2019

PENSIJILAN EKSA DIY




TAHNIAH
MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ATAS PENSIJILAN EKSA (DIY) KATEGORI "CEMERLANG" 
01 April 2019 hingga 31 Mac 2019

Wednesday, April 24, 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERDANA MENTERI





24 April 2019 (Rabu) – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya memperolehi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan Kategori "CEMERLANG" berkuatkuasa 01 April 2019 hingga 31 Mac 2021. Penyampaian Sijil Pengiktirafan EKSA daripada pihak MAMPU tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) sempena Perhimpunan Bulanan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan April 2019 di Auditorium Kompleks JPM. Diharapkan warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) lebih komited dalam memastikan amalan EKSA sentiasa menjadi amalan yang berterusan dan berkesan. Tahniah diucapkan kepada kepada warga MSWPKL.