Wednesday, April 24, 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERDANA MENTERI





24 April 2019 (Rabu) – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya memperolehi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan Kategori "CEMERLANG" berkuatkuasa 01 April 2019 hingga 31 Mac 2021. Penyampaian Sijil Pengiktirafan EKSA daripada pihak MAMPU tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) sempena Perhimpunan Bulanan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan April 2019 di Auditorium Kompleks JPM. Diharapkan warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) lebih komited dalam memastikan amalan EKSA sentiasa menjadi amalan yang berterusan dan berkesan. Tahniah diucapkan kepada kepada warga MSWPKL.