Thursday, August 11, 2016

LAWATAN EKSA/INOVASI DARI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SARAWAK KE MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pada 11 Ogos 2016, MSWPKL telah menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak yang diketuai oleh Pemangku Ketua Hakim Syarie, YAA Tuan Haji Awang Suhaili Bin Ledi dengan. Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim beserta pegawai-pegawai yang lain.

Sesi ramah mesra dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim sebelum mempersilakan wakil dari pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak memberikan kata aluan. Seterusnya Ketua Pendaftar, Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim telah menyampaikan pembentangan ringkas bagi memperkenalkan MSWPKL beserta perbentangan produk inovasi MSWPKL kepada JKSN Sarawak.

Kunjungan delegasi ini turut melibatkan seramai 30 orang pegawai pengiring dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak yang ditugaskan hadir bersama. Tujuan lawatan delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak tersebut adalah bagi berkongsi maklumat dan ilmu serta bertukar-tukar pandangan berkaitan dengan EKSA dan Inovasi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis telah ditutup dengan penyampaian cenderahati dan jamuan makan.

Sejurus selepas majlis dan jamuan, delegasi tersebut telah dibawa ke Case Management Centre (CMC), Dewan Perbicaraan Mahkamah, Kaunter DIY bagi melihat dengan lebih dekat proses perjalanan kes dan pengurusan di Mahkamah ini.


Pihak MSWPKL ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak di atas perkongsian pengalaman dan kunjung hormat ke MSWPKL. Diharapkan pertemuan itu mampu membuka ruang dan peluang yang berterusan dalam menyemai semangat kerjasama dan toleransi bagi memastikan keberhasilan dalam melaksanakan EKSA dan Inovasi Mahkamah dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya. 

No comments:

Post a Comment